Wednesday, 26 August 2015

ITINERARY PERCUTIAN KE SURAT THANI & KOH SAMUI, THAILAND (BACKPACKING)

Assalamualaikum. 

Seperti yang telah dijanjikan, aku nak share my itinerary sebelum, semasa dan selepas ke Surat Thani & Koh Samui, Thailand. This is based on my vacation on 17-20 August 2015 (4H3M). Aku pergi bertiga (semua gegirl) dengan stail backpacker (kental betul bunyinya padahal kentut je lebih). That was my first time bercuti dengan kawan-kawan kat luar Malaysia. Mohon sudi menerima cacat cela dalam entry ini memandangkan kami newbies baru belajor. Hihi. 

Sebelum memulakan catatan, aku nak bagitau serba ringkas belanja yang kami dah sediakan siap-siap sebelum bertolak. Ini semua perkiraan untuk seorang.

RM165 - Air Asia return tix.
RM85 - Hotel - 2 malam di Koh Samui & 1 malam di Surat Thani.
RM75 - Tiket bas Star Shuttle pergi balik.
RM500 - Belanja yang kami dah tukar ke Thai Baht siap-siap di Malaysia memandangkan nilai RM makin jatuh hari demi hari. Total dalam Baht tak dapat dipastikan sebab kawan aku, Ina, yang tukar kan duit. Rasanya 4000 Baht plus plus. Lagipun aku tak dapat bagi nilai tukaran secara tepat sebab nilai matawang kita tak tetap dan makin menurun lately. Sedih.

JUMLAH YANG DAH HANGUS: RM825 

Jumlah ni aku rasa berbaloi. Kalau ikut agent, jumlah belanjanya lebih besar even for 3D2N (free and easy trip). Berikut adalah catatan perjalanan kami:


HARI PERTAMA

1 PAGI
Kami bertolak dari Ipoh menaiki bas Star Shuttle. Kami dah beli tiket dua hala memandangkan ianya lebih menjimatkan. Jimat RM9 kalau beli terus tiket pergi balik berbanding beli tiket sehala secara berasingan. Di musim GST ni, RM9 adalah sangat bernilai. Boleh buat makan burger 4 bijik weh.

4 PAGI
Sampai di KLIA 2, kami pun melangut tak buat apa selain buat benda asas macam pergi toilet, solat, minum-minum, sembang, ulang pergi toilet lagi dan makan burger yang kami dah bawak bekal dari Ipoh malam tadi. Ni pun untuk mengelakkan belanja lebih sebelum bertolak. Flight pukul 12 tengah hari tapi saja gatal pergi awal, kengkonon takut flight diawalkan. Yang sebenarnya jakun sangat nak pergi Siam. Hehew.

12 TENGAH HARI
Berlepas dari KLIA 2 ke Surat Thani International Airport. Jumpa 9 orang budak UIA dalam satu flight yang sama. Alahai, baru nak lupa diri konon-konon budak UM. Lol.

12.30 TENGAH HARI (WAKTU THAILAND)
Mendarat dengan selamat. Tempoh perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia ye. Lepas je dari imigresen, kami terus cari pakej untuk transportation ke Koh Samui. Banyak kaunter dalam airport tu. Kami pun pergi jelah ke kaunter yang ramai orang beratur. Lel. Total harga tiket adalah 550 Baht/pax. Ini merangkumi perjalanan menaiki bas, feri dan hotel transfer. Dari airport, naik bas ke jeti Surat Thani. Dari jeti pulak naik feri ke Koh Samui. Perjalanan ke Koh Samui memakan masa selama 3 jam. 

Dalam bas tu, ada sorang agent ni akan promote aktiviti masa kat pulau nanti. Ada dua jenis - Safari & Extreme. Safari ni macam jenjalan makan angin dan sightseeing je laa. Naik 4WD, tengok gajah, buaya dan sebagainya. Harga 1400 Baht/pax. Extreme pulak ada aktiviti hiking, kayak dan snorkeling. Harga yang kami dapat adalah 1300 Baht/pax. Murah jugaklah tu. Lunch pun disediakan bagi kedua-dua jenis aktiviti ni. Kalau setuju, bayor je dulu deposit ke agent tersebut. Selebihnya bayor masa nak start buat aktiviti nanti. 

Memandangkan kami kononnya free untuk hari kedua dan ketiga di Koh Samui, kami deside nak buat dua-dua aktiviti. Soooo happy la sebab kami tak perlu atur sendiri dah aktiviti esok lusa tu. Tapi lepas tu..jeng jeng jeng..

4 - 5 PETANG
Kami sampai di jeti dan disambut oleh pemandu van yang sedia nak bawa kami ke hotel masing-masing. Jauh jugak rupanya Pantai Chaweng daripada jeti Koh Samui. Sampai je hotel Cheeky Monkey tu, kemain seronok berangan nak landing, petang nanti nak swimming kat pool di rooftop. 

Tapi rupanya ada masalah sebelum kami boleh check in ke bilik kami. Pihak hotel tak bagi kami bertiga check in sekali sebab dalam booking kami, kami booked untuk dua orang sahaja. Alasannya, bilik terlalu sempit untuk 3 orang. Kau ghase? 

Aku dah down masa tu memandangkan hanya satu solusi yang pihak hotel bagi. TAKE ANOTHER ROOM. Weh, kami bertiga. That means salah sorang kena tidur sorang-sorang. And worse, we'll be staying for two nights. The price will be double. 800 Baht for one night. Two nights = 1600 Baht! Berpeluh nak bayor. Nasib baik kongsi 3 orang. Maknanya lepas ni kami kena cut belanja kat sana. Kena jimat dan kena pandai handle baki duit yang ada. Memang masih ada baki tapi tak enjoy weh, tak enjoyyy.

Ni bilik di Cheeky Monkey di Chaweng Beach. Selesa & bersih. Cuma receptionist hari pertama tu kerek sikit. 

MALAM
Memandangkan duit dah short, kami decide untuk cancel aktiviti Safari. Lebur 450 Baht kat situ. Nasib baik bahagi tiga jugak. Sorang lebur 150 Baht je laa. Tapi duit tetap duit beb. Hahah *lap ayaq mata*

Jadi, misi kami malam tu, nak beli sim kad (300 Baht - 3GB unlimited internet untuk seminggu). Benda pertama yang nak dibuat, call agent atas bas tadi tu, cancel aktiviti Safari. Setel call, kami lahap makanan Halal kat area hotel kami tu jugak. Sorang makan dalam 79 - 89 Baht sahaja. Alhamdulillah, kenyang dan terubatlah sikit luka di hati sebab insiden yang tak diingini tuu. Balik tu aku tidur sorang pastu mulalah terbayang cerita-cerita syeram Siam. Memang cilake T_T


HARI KEDUA

8 PAGI
Lepas bangun, aku pergi bilik Ina & Nana. Kami siap-siap bawak makanan segera dari Malaysia ke 7E. Nak ambik air panas. Aku tak pasti sama ada kettle tak ada atau kena cas kalau nak pinjam hotel punya kettle. Pergilah ketiga-tiganya dengan harapan menggunung, So, kat 7E aku tibai pulak beli teh ais dia. Heaven seyh. Tips ni aku dapat masa kat atas feri nak ke Koh Samui semalam. Ada satu married couple ni penah sampai sini, so diorang dah merasa laa kesedapan teh ais tu. Percayalah, memang sedap. Lain dari teh ais kat Malaysia. Sepanjang kat sana, 3 kali aku beli. Harga - 18 Baht untuk cup bersaiz sederhana.

View kat balcony bilik kawan-kawan aku. Seronok jugak ler kami breakfast kat sini.


Antara makanan segera yang kami bawa dari Malaysia.

Teh ais sodap dari 7E.

Sambil breakfast, kami decide nak pergi jalan-jalan naik public transport yang ada kat sana. Tapi bila aku pegi tanya receptionist hotel, dia cadangkan ikut je pakej hotel sebab kalau nak pergi sendiri-sendiri tanpa sewa motor (20 Baht untuk sebijik selama 24 jam), rugi dan buang masa. Mahal kalau naik teksi. Kalau naik bas (lebih kepada rupa tuk tuk tapi saiznya lebih besar), buang masa sebab nak tunggu di setiap stesen yang kami stop. Tu belum kira tempat yang memang tak ada bas langsung. Jenuh. So, kami ambik pakej 6 jam berjumlah 450 Baht/pax. Bolehlah dari tak ada apa kan?

10 PAGI
Pergi berendam kat swimming pool sementara nak tunggu tour kami pukul 12. Kecik je kolamnya tapi dah kami bertiga je, syoklaa. Mat saleh tak mandi kolam pepagi gini. Adalah kot 30 minit je berendam. Pastu kami balik bilik dan bersiap. Aku pulak terus kemas barang dan check out kat kaunter sebab bilik aku duduk tu ada orang dah booked. Aku kena pindah pulak bilik yang bertentangan dengan bilik awal tu.

12 TENGAH HARI
Kami tunggu sebelum 12 tengah hari lagi sebab diorang sangat menepati masa. Kalau tak nak kena tinggal, baik tunggu siap-siap.

Van yang bertanggungjawab bawak kami jenjalan. Note: Jangan duduk belakang sekali, kang jadi Mail Lambung.

Tempat yang kami pergi:

1. View Point - pemandangan laut dari tempat tinggi.
2. Grandfather & Grandmother Rock - tempat wajib pergi kalau ke Koh Samui. 
3. Monkey Show - tengok monyet panjat pokok kelapa dan pulas sampai jatuh. Malaysia pun ada, don't worry. Lel.
4. Budha Temple (kalau tak silap)
5. Mini Safari - boleh naik gajah, naik 4WD ke air tejun, etc. Semua ni cas berlainan. Kami nak jimat jadi kami duduk dan makan eskrim Cornetto 30 Baht satu.
6. Market - banyak kedai jual t-shirt, ada Tesco Lotus tapi tak ada kedai makanan halal. Serious kami kebulur. Jumpa Mee Ruski kat 7E yang ada label halal, terus beli dan makan dalam 7E tu jugak. Pelik je staf-staf situ nengok kami.

View Point

Grandfather & Grandmother Rock. Nampak batu yang mencanak naik tu? Itu ler batu yang femes sebab rupa bentuk dia tuu.

Air laut kat Grandfather & Grandmother Rock ni memang jernih dan cantik.

Temple pertama yang kami visit. Dan yang terakhir sebab kami cut short our trip :P

Tengok orang lain naik gajah je mampu. Lol.

4 PETANG
Sepatutnya ada 2 lagi tempat kami kena ikut tapi kami request nak balik hotel sebab penat dan tak ada tenaga dah sebab tak telan nasi. Dari tour 6 jam jadi 4 jam je. So, kalau ada yang nak ambik tour ni tapi tak nak follow sampai pukul 6 petang, mintak siap-siap kat hotel nak follow yang 4 jam tu je. Pakejnya pun murah sikit - 400 Baht sahaja. 50 Baht boleh simpan makan halal pancake malam nanti. Lol.

8 MALAM
Kami jalan cari lagi kedai makanan halal. Hasil dari Google dan blogwalking, kami dapat tau pasal Restoran Ihsan. Waze punya waze, dengan ber-landmark-kan Bangkok Hospital, kami jalan dekat sejam. Tak kira lagi dengan lalu jalan gelap, penuh anjing dan sebagainya. But it was fun, though. Pengalaman kan. Aku ambik kerabu suhun (80 Baht). Mula tu memikirkan duit dah short, aku malas je nak makan tapi dah jalan jauh kan, makan jugaklah. Sedap weh dari yang aku pernah rasa kat Malaysia.

Kerabu suhun yang sodappp.

Balik tu, rupanya tak sampai 30 minit pun bila ikut jalan yang orang tempatan tunjuk. Hampeh. Sebenarnya, kami jumpa Faria Restaurant dulu sebelum Ihsan Restaurant ni sebab Faria memang dekat dah dengan Bangkok Hospital. Ihsan jauh sikit. Kalau tak ikut landmark hospital tu lagi dekat dan cepatlah kami sampai ke Ihsan Restaurant tu. Semua mereka ni Muslim dari Pattani. Kecek kelate belako la demo. Hikhik. Sebelum naik bilik, kami beli pancake kat bawah hotel. 50 Baht dan sedap. Kalori pun tinggi woi. Ganti baliklaa kalori yang dah burn masa jalan jauh tadi. Lol.


HARI KETIGA

7.15 PAGI
Kami tunggu kat bawah hotel tanpa breakfast yang proper sebab van akan fetch awal. Tengok-tengok pukul 8.05 baru sampai. Okaylah tu, pada aku yang Melayu ni, dah awal dah tu. Haha! Kami dibawa ke jeti, di sana kami setelkan balance untuk aktiviti extreme dan naik ke boat like a boss. Tengok-tengok geng UIA tu ada jugak. Ada breakfast disediakan since kami kena duduk 2 jam atas boat tu. Kalau takut mabuk laut, bawak ubat siap-siap. Sampai je, diorang bagi kami hiking (kami mampu naik takat 200 meter je daripada 500 meter, tu pun dah cantik pemandangan dari atas tu, masyaAllah), then kami berkayak (which was our first time dan terkial-kial nak follow the leader pastu mulut tak lekang sebut kuat-kuat KANAN KIRI KANAN KIRI. LOL), lepas tu baru boleh snorkeling. Ponat. Oh, aku lupa bawak sunblock, hasilnya - muka burn dah seminggu ni weh!

Muka gumbira sebelum burn. Balik tu menangis tak berlagu ler dah gelap rupa apa je.

Pemandangan masa nak sampai tempat hiking. Marine Park rasanya nama tempat ni.

Masa hiking. Pastu, kami among yang awal turun. Trololol.

The view masa stop 200 meter. Tu je pencapaian tertinggi kami. Hehew.

Ni aktiviti sementara nak tunggu orang lain turun mendaki. Sebab kami turun awal, bergambor je laa kerja kami.

6 PETANG 
Kami sampai kat jeti, and supposedly, van hantar kami ke jeti Seatran untuk naik feri ke Surat Thani. Alah sebelah je dengan jeti yang kami naik untuk pergi buat aktiviti extreme tu. Tengok-tengok feri last dah jalan dan kami ketinggala. Tengah kelam kabut dalam van tu, boleh pulak mat saleh dalam tu gelak-gelak pastu kata sesama deme "They're so funny". Oh damn. Malu tahu?

Kami terpaksa naik teksi (400 Baht) ke jeti Raja Ferry. Harga tiket feri pulak 120 Baht seorang. Rupanya, dia turunkan kami ke Donsak sahaja. Percayalah, tempat tu scary sangat malam-malam. Dah tak ada public transport yang available waktu malam. Kalau naik teksi pun (which I doubt the availability), memang kena lebih kurang 1600 Baht baru boleh sampai ke hotel yang kami booked tu. Tapi Allah temukan kami dengan insan-insan yang baik hati, mereka tumpangkan kami naik kereta untuk ke hotel terdekat sebab hotel kami booked tu terlalu jauh. Lagipun dah larut malam masa tu. Jadi tak perlulah kami bermalam di jeti Donsak yang scary tu. Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan rezeki mereka dan balas kebaikan berkali ganda buat mereka.


HARI KEEMPAT

5 PAGI
Check out dari hotel dan pergi sarapan di Pekan Thangton. 90% penduduk di situ adalah Muslim. Oh ya, sedap nasi air (bubur) kat kedai tu. Ada isi ayam, lada hitam dan sos yang memang lazat dicampur sekali di dalamnya.

Antara juadah yang tersedia atas meja. Nasi air yang aku order tu tak sempat tangkap gambor aku dah ngap dulu.

9 PAGI
Gerak ke airport. 30 minit perjalanan dari pekan Surat Thani. On the way tu pun sempat makan kerabu seafood di food court berhampiran airport. Sampai je, kami tunggu lagi sampai boarding pukul 4 petang. Sementara tu kami lepak di salah satu cafe dalam airport dan kami mintak tolong staf situ panaskan makanan kami berjenama Sharifah. Sedap jugak weh. Kami pun melahap dengan jayanya.

5 PETANG
Berlepas pulang ke Malaysia. Tiba di Malaysia pukul 7.30 petang (waktu Malaysia).

9 MALAM
Naik bas dan pulang ke Ipoh. Sampai rumah pukul 1 pagi. 

So, duit aku tinggal 280 Baht daripada semua jumlah yang aku bawak ke Thailand. Aku habiskan terus memandangkan aku malas dah nak tukar masa balik ke Malaysia nanti. Sepanjang di sana, aku tak pernah tukar RM ke Thai Baht memandangkan duit yang ada memadai walaupun perit untuk dibelanjakan. Leulz.

Oh, lagi satu, sebenarnya kalau tak nak stay kat Surat Thani pun okay je sebab pekan dia taklah meriah macam di Koh Samui. Kalau ambik feri pagi dari Koh Samui, sempat je sampai di airport sebelum pukul 4 petang. Yang penting, check betul-betul jadual pergerakan pengangkutan awam kat sana supaya tak terkejar-kejar atau terlepas kenderaan yang sepatutnya korang naik. Haru nanti. Plan your trip wisely, guys. Study betul-betul baru atur langkah.

***

Pengalaman ni saja-saja laa aku share, mana tau boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang berhajat nak backpacking ke Koh Samui. Maaflah, gambar pun tak banyak dan kurang berkualiti sebab guna handphone cikai je. Kalau yang elok tu mungkin dari Iphone kawan-kawanku. Wuwuwu. 

Pada aku, pengalaman pertama ni, walaupun tak begitu smooth tapi sangat bermakna dan membuka mata aku tentang dunia luar. My advice - go travel around the world. Baik dalam Malaysia, mahupun luar Malaysia. You can't get the experience by doing nothing. Through experience, you'll learn, you'll think and you'll see the greatness of Allah's creations.

Bye for now. 



Tuesday, 25 August 2015

PERCUTIAN KE SURAT THANI & KOH SAMUI THAILAND PREVIEW

Salam. It's been awhile (read as: forever) from the last time I wrote something here. Life is hard, my friend (tetibah). Alhamdulillah, I'm still alive. Sepanjang ketiadaan ini, dah banyak yang dilalui. Ranjau liku berduri tapi kita cerita yang seronok jelah kan? So, yang paling terbaru, I visited Surat Thani & Koh Samui, Thailand. Tempat mat saleh berjemur, tempat aku kena sunburn. Puii.I'll update the itinerary as soon as possible yaa. Nah, I belanja dua keping gambar sebagai preview. Hehew.


Sawadikap!



Ambik kau. Air laut lagi jernih dari hati sendiri. Al-Fatihah.

Tuesday, 19 August 2014

Thumbs Cafe, Ipoh

Salam everyone! Last week, after work, I managed to have my dinner at Thumbs Cafe with Fatin and Zuria, both are my schoolmates. Tetiba rasa nak telan meatballs, meatballs IKEA tak ada sini jadi yang paling hampir adalah this cool cafe! This cafe owned by Muslim so no worries, it's halalan toyyiban!

So, I ordered Meatballs and chocolate drink topped with cream. As for Zuria, she ordered Tortilla Wrap and the same drink with me. While Fatin, she ordered Chicken Chop and black coffee also topped with cream.  Yang kelakarnya when the waitress came and gave Fatin her drink, tengok-tengok cream dah cair and dah blend terus dengan air since it's hot. Haha. 

Well, makanan kat situ best jugak. 4.5/5 stars for the food! But Fatin said the choices for drinks agak limited and they should add some other coffee sebab nama pun cafe kan? I setuju jugk since I pun gelabah tak tau dah nak order apa masa tu. I've been there for a couple of time, so everytime I pergi, the food memang yang sama je I order. Meatball! But when it comes to the drinks, tak tau dah nak pilih apa. I prefer coffee so kalau ada banyak pilihan, it'd be perfect!

And one thing for sure yang I'm satisfied is the deco. Homey and ranggi! I love the combination of the traditional look and DIY furniture. Sangat unik! 

But somehow I'm very upset sebab the concept is open air even though they do have bumbung. Kenapa I cakap macam tu? Sebabnya..semua tingkap and pintu diorang bukak. That's why I panggil open air. And there's no non-smoking section! So if someone's smoking, the smoke will circulate within the cafe. Tak terbang lepas, gittew. Memang our bad luck laa kot untuk hari tu, the guys who sat next to our table were smoking from the very beginning when we stepped in the cafe until we paid our bills! That was rude, I tell you. You know that other people are eating, so why not you go out and smoke outside kan? Since the cafe also has outdoor section. Tu memang betul-betul open air punya. 

This is not the fault of the cafe's management but the problem rooted from the attitude of smokers themselves. Tapi boleh je kalau next time the cafe put a sign for non smoking area. Baru boleh bawak my mom yang memang tak tahan asap rokok tu makan sana. Hah, bertambah sorang customer ye dak?

Ahah, for the location, it's located in Greentown Ipoh. Next to a steamboat restaurant if I'm not mistaken. And it's near to MARA building belakang Sekolah Ta'yah tu. Well, dah panjang I berleter kan? Jadi, jamulah mata dengan foto yang sempat dirakam! Maaf, kualiti tak bagus sangat. Hehe. Till next time. Bye!

Abaikan manusia seksi di belakang iteww

Fatin's Chicken Chop and her Melted Cream Topped Coffee. Hahah

Mine - 6 pieces Meatballs with Brown Sauce

Tortilla Wrap for Zuria


The Choco Drink Topped with Cream



Wednesday, 23 July 2014

Tips Baju Raya

It's Thursday and I'm in the office, doing nothing. The boss is not around and I don't know what else to do. So here I am, updating this blog which I can tell you that it's just me mumbling all alone. Can't wait to be home. Ergh..complaining like I'm still in my first week of internship. Pigidahh. It's been seven weeks laa! Wake up Farah! 

So, next Monday we'll be celebrating Aidilfitri and I still don't have my baju raya. Tempah dah dari sebelum puasa, and two days ago, when we received our baju raya from the tailor, it turned out that all the dresses are not up to the expectation! Singkatlah, ketatlah..senang cerita memang tak puas hati. Just imagine, kami tempah untuk 4 orang tapi sorang pun tak puas hati!

Actually it's partly our fault to send the dresses there. Tak pernah buat baju kat situ tup tup pergi hantar sampai 4 pasang. Memang silap besar! Then we sent them back to the tailor for alteration tapi..bersedialah menerima kemungkinan untuk dapat baju-baju tu lepas raya. So, moralnya jangan hantar kat tailor yang korang tak familiar with sebab nanti kalau tak puas hati apa semua, susah nak deal! Kalau nak try jugak tailor yang baru, make sure korang hantar sepasang baju dulu dan JANGAN sesekali hantar kain mahal! Karang tak elok ke apa, lepas tu nak alter pun dah tak boleh sebab silap ukuran bagai, mampuih. 

One more thing, kalau nak hantar tailor for customized cloth, jangan kedekut. Biar mahal sikit asal berbaloi. Karang korang punyalah nak letak labuci penuh kat satu badan, dengan kain bak duyung, lepas tu nak letak lace and patch semua tu..tiba-tiba jadi lain dari imaginasi. Dari duyung jadi dugong haa. Kan sedih tu? So, pergilah cari tailor yang memang kita pasti skill dia akan mampu merealisasikan impian kita. Most importantly, kita selesa pakai baju tu. Mahal pun tak nyesal.

I bet anyone who reads this post will be yawning. Bebel je banyak. Tips nya sebutir dua jeh. Hehe. It's better than nothing kan? I would say that this blog actually is for sharing tips and stories. Well, what we've gone through will not be exactly the same but we can learn from others' experiences jugak kan? Maybe through blogging we can give zakat ilmu as well, so I hope it'll benefit others. Insyaallah! Okaylah, nanti kita share benda lain pulak. Bye!

Wednesday, 16 July 2014

Restoran Caterbest, Bercham - Halal Chinese Food Restaurant!

Salam! So I've figured out what I should share here. Basically, oh okay, let's just jumble up BM and BI kat sini since kadang-kadang some sentences and words lebih sedap dirojak-rojakkan. Like what  I'm doing now. See, I dah kata sedap rojak bahasa ni. Hikhik. Ni kalau my English teacher tau, habis.

So, last two days, if I'm not mistaken..but it doesn't matter pun sebenarnya bila my family and I pergi buka puasa kat luar. Yang penting dalam bulan puasa la kan? :P Hah, sambung balik. We went to Caterbest Restaurant in Bercham, Ipoh. It's a halal chinese food restaurant. Belakang Tesco Extra jee. To be exact, berdepan dengan Petron petrol station. So, we booked earlier sebab malas nak tunggu since it's Ramadhan and people will be like, hmm..you know, crowded and you have to take the risk la perut kembung minum air je sementara diorang masak! I tak sesabar itu nyah. Hiks.

We ordered Siakap Masak Kerabu (Idk the exact name sebenarnya tapi sedap! Hihi), Butter Prawn, Sotong Goreng Tepung, Lemon Sauce Chicken, Japanese Tofu and Kangkung Goreng Belacan. I bagi rate 4/5 stars for the foods as a first timer makan chinese food. Okaylah tu kan? I love the lemon sauce chicken and butter prawn! Lemon sauce chicken tu digoreng rangup dan dicurahkan sos lemon yang yummeyh! Sedap gila baqhang! However, I tak recommend laa sotong goreng tepung tu. Berminyak sangat and tepung je yang banyaknya. Sotongnya kecik jeeee. Frust tahu? Padahal I bukan makan sangat sotong pun. Teehee. Tapi overall memang quite sedap weh!

Tapi..ermm tapi-tapi ni yang tak best ni. Haha. It's a bit pricey la. Lima orang makan, it cost us RM189. Ambik kau, I bagi exact amount. The food is okay tapi the watermelon juice we ordered tu laa yang overratednya. RM30 for a jug of juice. Kalau tau mahal, kami minum je sirap free diorang served tu. Haha. Rasa agak ralat laa sebab kalau buat jus sendiri pun lagi sedap and wayyy cheaper!

Oh! And one more thing. While enjoying our food, one of the waitresses came and gave each of us a pack of wet tissue. We didn't use it but we took it home since we thought it came with the package and guess what? They charged us RM10 for five packs of wet tissue. Ridiculous! Beli kat Watson murah lagi okay. Rasa nak bagi balik je tisu-tisu tu masa kat kaunter. Baru padan muka dia. Kehkeh. So be careful guys. Despite of the good food, the hidden and extra charges are the cons of this restaurant. Tokeyyy, tak baik woo main perangkap-perangkap customer =P

So that's all I nak share buat masa ni. Oh, sorry for the pictures. Camera tak cantik sangat kalau nak banding dengan Iphong! Hihih. Okaylah, bila-bila free, I share benda lain pulak ye. Bye!

Dari atas: Butter Prawn, Sotong Goreng Tepung, Japanese Tofu masak apa entah. Hee.

Butter Prawn, close up!

From top left and rotate clockwise: Kangkung Goreng Belacan, Sotong Goreng Tepung, Butter Prawn again, and Lemon Sauce Chicken!

Once Again!

Hi! I created a blog once again. Can't believe myself I did this since I abandoned my previous blog and later I deleted it. So, yeah..I'm not a first timer. Sigh. Frankly speaking, I myself don't even know why did I sign up again. Hurm, must figure out what to share later, I guess! Mihihi.

So, good luck to myself! Lol.